Taklimat khas Akta 355 kepada Ahli Parlimen Islam petang ini

akta-355
KUALA LUMPUR, 22 Safar 1438H, Selasa
– Satu taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen beragama Islam diadakan petang ini berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Memetik Bnbbc portal, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dimaklumkan telah menandatangani satu notis dengan mengalu-alukan kedatangan Ahli Parlimen untuk menghadiri taklimat itu.

Taklimat khas berkenaan dijadualkan pada jam 5 petang ini di Bilik Taklimat di Parlimen.

RUU yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang difahamkan bertujuan untuk meningkatkan kuasa mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, kecuali hukuman mati.

Namun, terdapat segelintir pihak membantah pindaan itu terutamanya Parti DAP dan berpendapat ia membuka jalan kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman hudud di negara ini.

Setakat ini, tarikh perbahasan Akta 355 masih belum diputuskan walaupun persidangan Dewan Rakyat hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

The post Taklimat khas Akta 355 kepada Ahli Parlimen Islam petang ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?