Taliban serang Konsulat Jerman di Afghanistan, dua maut
MAZAR-I-SHARIF, 11 Safar 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya dua terkorban manakala lebih 100 cedera apabila sebuah bom kereta diletupkan di Konsulat Jerman di Bandar Mazar-i-Sharif, utara Afghanistan.
Serangan itu disifatkan sebagai membalas dendam susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Wilayah Kunduz, awal bulan ini yang menyebabkan lebih 32 orang awam terbunuh.
Jurucakap tentera Jerman melaporkan, letupan besar disusuli tembakan senjata itu kedengaran di hampir sebahagian bandar sehingga menyebabkan tingkap kediaman dan kedai berhampiran musnah selain penduduk lari selamatkan diri.
Ketua Polis tempatan, Sayed Kamal Sadat berkata, pengebom nekad merempuh tembok pejabat konsulat dengan kereta yang sarat bahan letupan.
Pasukan Khas Afghanistan diarahkan mengepung kawasan konsulat yang sebelum ini dikenali sebagai Hotel Mazar.
“Kebanyakan mangsa kini berada dalam keadaan kritikal,” kata Doktor Noor Mohammad Fayez. – Agensi
The post Taliban serang Konsulat Jerman di Afghanistan, dua maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan