Tarik semula Nobel Keamanan Suu Kyi: Mufti Pulau Pinang

NEW YORK, NY - SEPTEMBER 21: Burmese opposition leader Aung San Suu Kyi speaks to the media following a meeting with United Nations Secretary-General Ban Ki-Moon at the U.N. on September 21, 2012 in New York City. The 67-year-old Nobel laureate has also met with U.S. President Barack Obama and U.S. Secretary of State Hillary Clinton since arriving in the states. At a ceremony in the U.S. Capitol Aung San Suu Kyi received the Congressional Gold Medal. (Photo by Spencer Platt/Getty Images)

BANGI, 25 Safar 1438H, Jumaat – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi sudah hilang kelayakan sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanan.

Sehubungan itu, beliau menyokong gesaan supaya anugerah tersebut ditarik balik ekoran Suu Kyi tidak menyumbang ke arah keamanan terutama terhadap kekejaman yang berlaku ke atas etnik Rohingya.

“Suu Kyi tidak menyumbang ke arah keamanan dengan berusaha membantah tindakan ganas dan kejam yang dilakukan oleh pihak junta tentera di negaranya ke atas masyarakat Muslim Rohingya.

“Malah, masyarakat antarabangsa tidak seharusnya berdiam diri dan membiarkan sahaja Kerajaan Junta Tentera di Myanmar terus menerus melakukan tindakan pembersihan etnik terhadap komuniti Rohingya di negara itu,” katanya sepert dilapor Sinar Harian, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa kerajaan supaya memutuskan semua hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Myanmar.

“Kita juga perlu menghantar balik kesemua rakyat Myanmar yang bekerja di negara-negara Islam. Selain menegakkan agama Islam, ia juga bagi menunjukkan semangat setia kawan antara umat Islam.

“Saya juga berharap supaya Malaysia dan negara-negara Islam lain mengambil langkah segera dengan mengeluarkan seluruh masyarakat Rohingya daripada Wilayah Arakan dan mengagihkan mereka di beberapa negara Islam yang kaya,” katanya.

The post Tarik semula Nobel Keamanan Suu Kyi: Mufti Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?