Tenaga pengajar Tabika Kemas wajib ada diploma

permohonan-cikgu-tabika-kemas-2016

KUANTAN, 27 Safar 1438H, Ahad – Semua tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan diwajibkan berkelulusan sekurang-kurangnya diploma menjelang 2020.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat itu dibuat bagi memperkasakan Tabika Kemas agar lebih baik berbanding dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak milik swasta.

Katanya, buat masa ini 65 peratus daripada kira-kira 11,000 tenaga pengajar di seluruh negara berkelulusan diploma atau lebih tinggi dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 100 peratus menjelang 2020.

“Bagi mencapai sasaran itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menghantar Pemaju Masyarakat yang tidak mempunyai kelulusan diploma untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI), institut pendidikan guru (IPG) dan Kolej Ketengah.

“Bagi mereka yang memiliki ijazah atau. diploma bukan program pendidikan awal, kita akan menghantar mereka ke Institut Latihan Kemas untuk mendapatkan sijil pendidikan awal,” katanya

Mengulas mengenai tindakan ibu bapa yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menghantar anak-anak ke tadika swasta katanya, mungkin mereka menganggap sesuatu yang mahal itu adalah lebih baik.

 “Tabika Kemas kalau tidak lebih baik mungkin setanding, (kos) tadika swasta mahal kerana gaji tenaga pengajarnya dan sewa bangunan dibayar ibu bapa tetapi di Tabika Kemas kerajaan tanggung.

“Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM605 juta setahun untuk Tabika Kemas atau RM250 sebulan bagi setiap kanak-kanak, RM450 juta antaranya bagi membayar gaji tenaga pengajar serta sewa bangunan manakala RM100 juta untuk makanan dan selebihnya perbelanjaan lain,” katanya.

The post Tenaga pengajar Tabika Kemas wajib ada diploma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?