‘Terima kasih beri ruang, Ahli Parlimen Islam diseru sokong RUU 355 esok’

Sumber foto: NSTP/Zaman Huri Isa

Sumber foto: NSTP/Zaman Huri Isa

KUALA LUMPUR, 23 Safar 148H, Rabu – Kerajaan PAS Kelantan melahirkan rasa berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana memberi ruang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Susulan itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menyeru seluruh Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira fahaman politik untuk menyokong usul tersebut.

Manakala, Ahli Parlimen bukan Islam katanya, mereka digesa agar tidak menentang usul berkenaan kerana undang-undang tersebut langsung tidak melibatkan masyarakat bukan Islam.

“Sekali lagi saya seru supaya Ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang ini dan terima kasih kepada Pusat kerana memberi laluan usul tersebut dibentangkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan sesi taklimat khas mengenai RUU 355, di mana setiap Ahli Parlimen Islam dijemput menghadirinya.

Zahid berkata, pindaan RUU 355 akan dibaca untuk kali pertama sebelum akhir sesi Parlimen pada Khamis ini.

Selain itu, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam akan ditubuhkan untuk mengkajinya lebih lanjut.

RUU yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei lalu bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah untuk mengenakan penalti lebih berat terhadap kesalahan di bawah undang-undang Syariah bagi kesalahan Islam yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

The post ‘Terima kasih beri ruang, Ahli Parlimen Islam diseru sokong RUU 355 esok’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?