Terlalu ego buatkan lelaki abai pemeriksaan kesihatan

Beautiful silver stethoscope with reflection and blue tint

PUTRAJAYA, 15 Safar 1438H, Selasa – Sikap ego yang tinggi menyebabkan lelaki tidak suka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekali gus menyukarkan untuk mengenalpasti penyakit mereka sejak awal lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kajian dan maklumat terkumpul oleh Kementerian Kesihatan mendapati, jangka hayat lelaki negara ini lebih pendek sekitar lima hingga enam tahun berbanding wanita kerana ego menyukarkan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Contohnya, jangka hayat bayi lelaki yang baru dilahir pada tahun ini dijangka boleh hidup sehingga usia 72.6 tahun sedangkan bayi perempuan dijangka hidup 77.2 tahun. Bagi kematian pramatang pula, kebarangkalian ia berlaku kepada lelaki antara umur 15 hingga 65 tahun adalah dua kali ganda berbanding wanita,” katanya.

Beliau berkata, pengaruh jantina dan sosio budaya yang menekankan aspek kejantanan memberi kesan kepada tingkah laku dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Kekerapan saringan kesihatan di kalangan lelaki juga rendah, sekali gus menyebabkan penyakit khusus untuk jantina berkenaan semakin membimbangkan.

“Perkara ini perlu diperhalusi kerana beberapa penyebab seperti pendidikan, status ekonomi, perumahan, tekanan tempat kerja atau keluarga boleh menjadi penyumbang kepada status kesihatan individu berkenaan,” katanya.

The post Terlalu ego buatkan lelaki abai pemeriksaan kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?