Tiong Lai letak jawatan jika RUU 355 diluluskan
KUALA LUMPUR, 24 Safar 1438H, Khamis – Presiden parti perkauman MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan akan meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 diluluskan di Parlimen.
“Saya tetap dengan pendirian seperti sebelum ini sekiranya rang undang-undang itu diluluskan maka saya akan letak jawatan.
“Apa yang lebih penting adalah saya akan tetap mendesak rang undang-undang itu tidak harus dibentangkan oleh Abdul Hadi.
“Malah sebarang rang undang-undang yang mahu diluluskan di Parlimen haruslah daripada kerajaan. Jadi kerajaan perlu menggantikan rang undang-undang persendirian itu,” katanya.
Lantang menyatakan RUU 355 tidak perlu diberikan sokongan, beliau berkata, usul rang undang-undang itu juga tidak seharusnya dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ia berikutan sebelum ini beliau menyifatkan RUU ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Hari ini dijadualkan Abdul Hadi akan membentangkan usul berkenaan selepas sesi taklimat khas kepada anggota parlimen Islam berkaitan RUU Akta 355 diadakan semalam.
The post Tiong Lai letak jawatan jika RUU 355 diluluskan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan