Trump, Clinton tiada beza untuk Islam: Isma

 

clinton

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 9 Safar 1438H, Rabu – Sama ada Donald Trump atau Hillary Clinton yang menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), bagi umat Islam, ianya sama sahaja kerana kedua-dua mereka mengikut telunjuk Yahudi dan tidak menunjukkan sesuatu yang lebih baik untuk Islam.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, walau apa pun keputusannya, AS bukanlah tempat untuk bergantung harap bagi melihat dasar luar terhadap negara Islam menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

“Pemimpin Amerika akan mengikut kehendak pelobi Yahudi juga akhirnya. Tak boleh nak bergantung harap untuk menyelesaikan masalah umat Islam.

“Saya tak jangka dasar luar terhadap negara Islam akan berubah ke arah yang lebih baik,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Trump yang menang pilihan raya itu dengan memperoleh 276 undi mengalahkan pencabarnya, Clinton dari Demokrat yang hanya meraih 218 undi. Republikan turut menyapu bersih kedua-dua Dewan Senat dan Kongres.

Kemenangan Trump menarik perhatian dunia berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini yang dilihat radikal dan rasis terhadap Islam.

Pada Disember tahun lalu, Trump mencadangkan umat Islam dilarang sepenuhnya memasuki AS, susulan serangan militan IS di San Bernardino, California.

Cadangan itu dikutuk kerana bersifat diskriminasi dan melanggar Perlembagaan AS yang menjamin kebebasan beragama.

The post Trump, Clinton tiada beza untuk Islam: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?