Trump janji halau 3 juta pendatang haram dari AS
NEW YORK, 14 Safar 1438H, Isnin – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau merancang mengusir dua hingga tiga juta pendatang haram yang mempunyai rekod jenayah dari negara itu, dengan segera.
Dalam temubual pertama sejak menang pilihan raya untuk menduduki Rumah Putih, Trump mengulangi pendirian kepada penyokongnya bahawa beliau akan mengusir atau memenjarakan sehingga tiga juta ‘pengedar dadah’ dan ‘anggota kumpulan haram’.
Temubual dalam rancangan 60 Minit CBS yang disiarkan malam tadi, Trump menegaskan beliau juga akan ‘mendirikan tembok’ di kawasan tertentu di sepanjang sempadan AS-Mexico – janji penting beliau ketika kempen pilihan raya Presiden.
“Apa yang kita akan lakukan ialah menghalau atau memenjara mereka yang terbabit dengan jenayah, anggota kumpulan haram dan pengedar dadah. Mungkin jumlahnya antara dua hingga tiga juta orang. Tapi kita akan menghalau mereka keluar kerana mereka berada di negara ini secara haram,” katanya.
Menurut laporan imigresen, hanya kira-kira 200,000 pendatang tanpa izin yang terbabit dalam jenayah, dihalau keluar dari AS pada 2014. – Agensi
The post Trump janji halau 3 juta pendatang haram dari AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan