Trump menang adakah bermula kejatuhan Amerika Syarikat

donald-trump_0
Sejarah kejatuhan kuasa besar dunia bermula bila ada tuntutan kemerdekaan dari wilayah-wilayah kecil yang bergabung semasa pembentukan kesatuan. Dulu Soviet Union gah dengan keluasan empayarnya. 

Akhirnya jatuh setelah kekalahan teruk dalam peperangan di Afghanistan. Wilayah-wilayah yang pernah dikuasai oleh Soviet Union mula menuntut kemerdekaan dan berakhir dengan negara Rusia.

Empayar Othmaniah Turki juga jatuh setelah berlaku pecah dan perintah oleh Barat terhadap empayarnya. Tanda-tanda kejatuhan AS sudah hampir mula menyerlah bila kempen Calexit dan Texit melancarkan kempen pemisahan dari Amerika Syarikat. Gelodak dalaman AS sudah mula mencari peluang untuk meneruskan perjuangan mereka.

Jangan dianggap kempen pemisahan ini perkara yang remeh lebih-lebih lagi ada dalang disebaliknya yang menyusun dengan sengaja untuk menjatuhkan AS. Israel dibawah pimpinan Netahanyu telah mula beralih ke China.

Pendekatan Netahanyu terhadap polisi luar Israel mulai berubah dengan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan China, March lalu.

AS akan mula bergolak bila dasar-dasar baru Trump agak berlainan dengan dasar-dasar AS sebelum ini walaupun kedua-duanya tidak menguntungkan sesiapa kecuali Yahudi. Pendekatan Trump menangani isu-isu dalaman dan luaran akan mempercepatkan lagi pergolakan dalaman AS dan antarabangsa.

Tanpa membicarakan isu-isu utama yang lain. Isu Palestine akan menjadikan AS era Trump akan menghadapi laluan sukar. Laluan yang akan menentukan keutuhan AS atau kejatuhan AS.

Bayangan yang diperolehi dari awal kemenangan Trump dalam pilihanraya Presiden AS jelas menampakan bahawa Trump cuba untuk memarakan api dalam minyak yang telah sekian lama menyala.

Trump jangan merasakan bahawa isu Palestine dapat ditangani dengan mudah hanya dengan memenangkan Yahudi di Palestine. Isu Palestin kali ini akan memberi pengajaran kepada AS pengertian tanah Palestin kepada umat Islam sejagat.

Kebangkitan dan kesatuan umat Islam sejagat akan berlaku disamping Trump akan berhadapan dengan isu-isu dalaman AS yang telah sedia ada dalam pelbagai bidang. Dasar Trump bukan sahaja akan bermusuh dengan Islam dan umatnya tetapi melangkaui dasar-dasar kemanusiaan lain termasuk isu-isu antarabangsa yang sekian lama bergolak.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Mantan Pengerusi Majlis Syura Isma

The post Trump menang adakah bermula kejatuhan Amerika Syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?