Tujuh maut, lebih 50 cedera trem tergelicir di London

Members of the emergency services work next to a tram after it overturned injuring and trapping some passengers in Croydon, south London

LONDON, 10 Safar 1438H, Khamis – Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala lebih 50 lagi cedera apabila sebuah trem tergelincir dari landasan di Croydon, Selatan London, awal pagi ini.

Biro Siasatan Kemalangan Kereta Api (RAIB) berkata, pemandu trem berusia 42 tahun dari Beckenham itu ditahan untuk disoal siasat kerana disyaki memandu pada kelajuan melampau.

“Beberapa orang telah dibawa ke hospital dan dukacita dimaklumkan terdapat mangsa yang terkorban,” katanya.

Namun setakat ini, hanya tujuh orang yang disahkan terkoban dalam insiden itu.

“Pegawai kami sedang mengenal pasti identiti mereka dan menyediakan penjagaan dan sokongan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Trem ini merupakan satu-satunya rangkaian di London yang beroperasi di hujung selatan bandaraya ini, memberi khidmat kepada 27 juta penumpang sejak setahun lalu.– Agensi

The post Tujuh maut, lebih 50 cedera trem tergelicir di London appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?