Tun M kecam kenyataan Pandikar berat sebelah

TUN-M

BANGI, 8 Safar 1438H, Selasa – Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung dakwaannya terhadap tiga bekas menteri yang membangkitkan isu 1Malaysia Devolepment Berhad (1MDB) pada perbahasan Bajet 2017.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan Pandikar kepada media bulan lalu menunjukkan kecenderungannya kepada kerajaan.

“Speaker sepatutnya menjadi hakim dan dia tidak boleh berat sebelah di Parlimen. Speaker tidak perlu ambil kira kesetiaannya kepada mana-mana pihak.

“Bagaimanapun, Speaker berulang kali membuat kenyataan dan menghentikan perbahasan di atas perkara-perkara yang mungkin menyinggung sesetengah pihak,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu hadir ke Parlimen hari ini bagi mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang atas tujuan mengadakan perbincangan mengenai usaha mempertahankan kuasa imuniti dalam Parlimen.

Pertemuan itu dihadiri oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Penasihat parti rasis dan cauvinis, DAP, Lim Kit Siang.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, tidak adil sekiranya kerajaan menghentikan Ahli Parlimen daripada berucap mengenai isu-isu seperti 1MDB dan laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

“Ya, terdapat had bagi kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, kerana jika tidak ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.

“Bagaimanapun, Parlimen bebas daripada had itu, terutamanya perkara berkaitan dengan kebebasan bersuara. Mereka mewakili wakyat dan masalah mereka mesti didengar dan dibenarkan bercakap dengan bebas,” katanya.

Sebelum ini, Pandikar mendakwa beberapa bekas menteri merujuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Husni Hanadzlah, melanggar sumpah kerahsiaan ekoran mendedahkan maklumat sulit kerajaan di Dewan Rakyat.

Dalam perbahasan Bajet 2017 baru-baru ini, ketiga-tiga ucapan pemimpin itu menyentuh dan mempersoalkan isu skandal syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The post Tun M kecam kenyataan Pandikar berat sebelah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?