Turki tutup sementara pintu sempadan dengan Syria

A wall along the border between Turkey and Syria is pictured near the southeastern town of Deliosman in Kilis province

ONCUPINAR, 15 Safar 1438H, Selasa – Turki menutup sementara pintu sempadan dengan Syria berhampiran wilayah tenggara Kilis berikutan pertempuran yang meletus di seluruh sempadan.

Gabenor wilayah Kilis, Ismail Catakli berkata, pintu sempadan Oncupinar digunakan untuk menyeberangi ke Bab al salam di Syria yang juga merupakan laluan utama antara kawasan.

“Ia terletak berhampiran bandar Azaz, Syria, dikawal ketat pemberontak yang disokong Turki,” katanya.

Sempadan itu akan ditutup buat sementara waktu untuk bantuan kemanusiaan dan lalu lintas komersial susulan perkembangan di sebelah Syria.

Namun, tempoh penutupan pintu sempadan masih belum diputuskan. -Agensi

The post Turki tutup sementara pintu sempadan dengan Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?