UIAM muncul juara debat antara Universiti Cambridge

iiumcambridge
KUALA LUMPUR, 20 Safar 1438H, Ahad – Pendebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) yang berlangsung di Universiti Cambridge, London Ahad lepas.

UIAM dalam satu kenyataan berkata, pasukan debat UIAM diwakili pelajar jurusan undang-undang Ameera Natasha Moore dan pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan Mubarrat Wassey.

Mubarrat juga dinobatkan Pendebat Terbaik Keseluruhan pada kejohanan tersebut.

Mereka menewaskan tiga pasukan daripada Universiti Oxford, Universiti Toronto, Canada dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam format pertandingan debat empat penjuru.

Kejohanan yang berlangsung pada 18 hingga 19 Nov lepas disertai 100 pasukan seluruh dunia termasuk Universiti Harvard, Universiti Durham dan Kolej Diraja London.

Menurut kenyataan itu, ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi kejohanan itu dengan pasukan debat UiTM menjadi juara pada tahun lepas.

Pada tahun ini, UIAM telah meraih tiga kejohanan debat berprestij dunia iaitu Kejohanan Debat Antara Universiti Australasian, Kejohanan Debat United Asian dan Kejohanan Debat Parlimen British Asia.

Pasukan debat UIAM itu kini bersiap sedia untuk menyertai Kejohanan Debat Utama Dunia di Belanda, Disember depan. – Bernama

The post UIAM muncul juara debat antara Universiti Cambridge appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?