Umat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus ditentang

takiyuddin_hassan_0104_1_620_413_100

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1438H, Isnin – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan percaya masyarakat Islam akan membantah pindaan Akta 164 Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 sekiranya ada pihak yang masih menentang Akta Mahkamah Syariah RUU 355.

Ini kerana katanya, dalam isu ini masyarakat bukan Islam perlu berlaku adil terhadap masyarakat Islam lebih-lebih lagi apabila hak dan kepentingan mereka selama ini tetap dihormati.

“Kita kena adil, jangan ganggu hak orang Islam. Kita harap orang Islam juga tidak menyusahkan yang bukan Islam.

“Kalau mahu begitu (ganggu hak Islam), kita juga boleh cadangkan pindaan Akta 164. Kita minta supaya yang ada kaitan dengan kepentingan orang Islam iaitu RUU355 yang tidak ada kaitan dengan bukan Islam, tidak diganggu. (Malah) kita akan berkompromi dalam isu-isu bukan Islam.

“Sekiranya RUU 355 diganggu, kita bimbang masyarakat Islam tidak setuju dengan pindaan Akta 164 yang juga ada kaitan dengan bukan Islam,” katanya dalam satu sidang media PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pagi tadi.

Bagaimanapun, Khamis lalu Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta Dewan Rakyat menangguhkan RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017.

Katanya, penangguhan itu bertujuan membolehkan pindaan dilakukan terhadap RUU 355 yang hanya akan didedahkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

The post Umat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus ditentang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?