Usah angan-angan bersatu dengan PAS jika enggan berubah: Nik Abduh

abduh1

BANGI, 8 Safar 1438H, Selasa – PAS mengingatkan mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan parti itu supaya tidak berangan-angan untuk segera bersatu padu, jika mereka masih enggan mengubah fikiran dan minda serta diri.

Ketua Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Aziz, berkata umat Islam mesti berpolitik mengikut cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran, al Sunnah dan dipraktiskan sejak sirah Rasulullah SAW, khulafa’ rasyidin serta ulama terdahulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, PAS menyedari ada dua pihak ‘bersandiwara’ sama ada untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah atau mahu PAS hancur kerana bersekongkol dengan UMNO.

Katanya, pihak ketiga pula benar-benar mahukan PAS dan UMNO bersatu kerana mahukan sebuah kesatuan umat Islam yang berpegang kepada tali agama, dan mampu memerintah bersama.

“Ada dua gerangan yang benar-benar mahukan PAS-UMNO bersatu. Pertama, yang mahukan UMNO kekal memerintah dan PAS turut berada dalam kerajaan campuran sebagai rakan. Dengannya UMNO-BN kekal selamat.

“Kedua, yang mahukan PAS hancur bersama UMNO akibat bersekongkol dengan kerosakan dan kezaliman UMNO-BN yang kian ditolak rakyat. Dengannya, mereka akan berjaya membina kerajaan baru tanpa PAS dan perjuangan Islam.

“PAS terlalu menyedari tipu daya dan makar ini. PAS tidak akan terjebak dengan politik murahan yang terlalu ‘kedarah kuasa’ sebegini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah, Nik Abduh berkata, PAS akan sentiasa memburu kuasa politik dengan sejahtera dan berdisiplin tinggi tanpa merosakkan kesatuan umat dan segala kebaikan yang tersedia di negara ini.

“PAS matlamatnya ialah menyatukan umat di atas tali agama Islam yang kukuh dan lurus. PAS bukan untuk orang PAS. PAS adalah untuk umat Islam dan seluruh rakyat,” katanya.

The post Usah angan-angan bersatu dengan PAS jika enggan berubah: Nik Abduh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?