Usul RUU 355 dibentang minggu ini
KUALA LUMPUR, 22 Safar 1438H, Selasa – Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam minggu ini sama ada esok atau lusa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah jawatankuasa pemilihan yang dianggotai Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam akan dibentuk bagi membincangkan dengan lebih telus mengenai rang undang-undang itu.
Beliau berkata, jawatankuasa ini dibentuk untuk meninjau pendapat daripada Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan terhadap RUU 355 itu berikutan wujud pelbagai tafsiran ketika usul ini dibawa masuk ke Parlimen.
“Di samping itu, Parlimen dapat memperincikan, memperhalusi dan memurnikan beberapa unsur yang tidak jelas mengenai pembahagian kuasa yang ada pada mahkamah syariah dan mahkamah sivil,” katanya.
Menerusi taklimat khas yang diadakan petang tadi, beliau menegaskan bahawa undang-undang berkenaan dikhususkan untuk orang Islam dan kuasa mahkamah sivil tidak akan dilaksanakan dalam Mahkamah Syariah seperti yang termaktub dalam undang-undang.
The post Usul RUU 355 dibentang minggu ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan