Wad lelaki HRPB dikosongkan akibat litar pintas

Datuk-Dr.-Noor-Hisham-Abdullah

IPOH, 10 Safar 1438H, Khamis – Wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini terpaksa dikosongkan setelah berlaku litar pintas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, litar pintas itu berlaku pada plug dinding katil di wad yang menempatkan pesakit lelaki kira-kira 11.16 malam.

Dr Noor Hisham berkata, tiada sebarang kecederaan sama ada membabitkan pesakit atau kakitangan hospital dilaporkan berlaku.

“Pihak hospital telah memindahkan pesakit ke wad lain dan kajian keselamatan serta pendawaian sedang dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam memuji kepantasan serta kecekapan kakitangan hospital yang segera menutup bekalan elektrik dan gas ke wad berkenaan.

Katanya, tindakan pantas itu penting kerana ia dapat mengelak percikan api akibat litar pintas menjadi lebih serius.

“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.17 pagi dan sebaik tiba tiga minit kemudian kami dapati pesakit telah dipindahkan.

“Selain itu, bomba turut menemukan kesan api yang dipadam pihak kakitangan menggunakan alat pemadam,” katanya.

Katanya, wad tersebut boleh digunakan dan beroperasi semula selepas kerosakan kecil dibaiki serta disahkan selamat oleh bahagian kejuruteraan hospital.

“Hasil pemeriksaan bomba, keadaan di wad itu selamat dan sekarang terserah kepada bahagian kejuruteraan untuk menentukan bila ia boleh dibuka semula,” katanya. – Bernama

The post Wad lelaki HRPB dikosongkan akibat litar pintas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?