Wanita berpolitik jangan ambil kesempatan, kata bekas menteri

rectangle-211
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar (Wartawan pelatih)

AMPANG, 7 Safar 1438H, Isnin – Diskriminasi wanita dalam bidang politik di Malaysia tidak seharusnya berlaku kerana sebanyak 50 peratus pengundi terdiri daripada golongan wanita, kata bekas Menteri Perpaduan Negara dan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail berkata.

Oleh itu, katanya, seperti lelaki, wanita juga perlu membabitkan diri dalam politik kerana negara telah membuka peluang dan ruang dalam semua bidang kepada wanita.

“Di sesetengah negara, wanita tidak dibenarkan memandu, tetapi negara kita sekatan itu tidak dilakukan. Oleh itu, tiada sebab untuk kita menyekat penglibatan kita dalam politik,” katanya pada Forum Wanita: Penglibatan Politik Melahirkan Kepimpinan Yang Berkarismatik, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembabitan wanita dalam politik secara tidak langsung memberi ruang kepada seluruh wanita untuk bersuara.

“Dalam politik, bersuara amat penting supaya cadangan kita diambil perhatian. Saya pernah memangku jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada satu ketika dulu.

“Dalam persidangan, tidak pernah sekalipun pemimpin lelaki membincangkan hal berkaitan wanita. Ini bermakna, jika tiada wakil wanita dalam Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara, maka jangan harap ada apa-apa kemudahan disediakan untuk kita,” katanya.

Zaleha juga mengingatkan wanita yang membabitkan diri dalam politik supaya melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan tidak terpesong dengan matlamat lain.

“Jika mahu libatkan diri dalam politik, kita kena berani. Berani kerana tujuan dan matlamat kita tulus dan ikhlas dan bukan untuk mengambil kesempatan. Pemimpin lelaki tengok sama ada kita boleh buat kerja ataupun tidak.

“Jika mereka lihat kita tidak memberikan masalah kepada mereka, maka mereka akan beri kepercayaan kepada kita,” katanya.

The post Wanita berpolitik jangan ambil kesempatan, kata bekas menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?