Wanita UMNO mahu bentang usul pemerkasaan Mahkamah Syariah di Perhimpunan Agung UMNO
KUALA LUMPUR, 16 Safar 1438H, Rabu – Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang dijadual bermula pada 29 November ini bakal menyaksikan pembentangan usul perundangan syariah oleh Pergerakan Wanita UMNO.
Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usul berkenaan merangkumi penyeragaman undang-undang syariah di Malaysia, perundangan perwarisan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.
“Usul itu hasil perbincangan pada Sidang Meja Bulat Syariah anjuran Biro Perundangan dan Advokasi pergerakan.
“Kami merasakan keperluan untuk membincangkan isu-isu berkaitan perundangan syariah ini adalah bagi memastikan adanya kandungan substantif daripada Wanita UMNI dan akar umbi.
“Isu-isu yang dibincangkan juga adalah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada isu wanita. Selepas usul-usul itu dibentangkan, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan di bawah pergerakan wanita bagi menyelesaikan isu-isu tersebut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Sidang Meja Bulat Syariah.
Sebelum ini, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat, tetapi sesudah dua kali sidang diadakan, usul berkenaan masih belum dibahas dan diiluluskan.
Bacaan kali kedua usul itu diturunkan daripada kedudukan keempat ke kedudukan ketujuh dalam kertas aturan mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu.
The post Wanita UMNO mahu bentang usul pemerkasaan Mahkamah Syariah di Perhimpunan Agung UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan