Waris MH370 ke Madagascar cari serpihan pesawat

mh370

SYDNEY, 21 Safar 1438H, Isnin – Waris penumpang Malaysia Airlines MH370 akan ke Madagascar bagi mencari serpihan yang akan menjadi petunjuk kepada kehilangan pesawat itu.

Persatuan waris, Voice 370 dalam satu kenyataan berkata, tiada pencarian sistematik terhadap bangkai seterusnya, malah penemuan serpihan sebelum ini juga dilihat diabaikan.

“Kita (waris) tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengambil langkah untuk bertindak sendiri bagi mencari jawapan dan mengakhiri misteri kehilangan ini,” katanya kenyataan itu.

Kumpulan waris penumpang itu dijangka akan mengadakan lawatan ke Madagascar pada 3 hingga 11 Disember nanti.

Sebelum ini, semua serpihan yang dipercayai milik pesawat berkenaan ditemui di Afrika Timur.

Pesawat malang yang disahkan hilang daripada radar itu membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014.- Agensi

The post Waris MH370 ke Madagascar cari serpihan pesawat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?