Wet BBQ basahkan iman jalinkan ukhwah

bbq

KAJANG, 11 Nov – Satu aktiviti Wet BBQ telah dijalankan di sini hari ini bertujuan mengeratkan dan menjalinkan hubungan ukhuwah serta ‘membasahkan’ hati dan iman.

Antara objektif program ini ialah untuk membina hubungan yang lebih rapat antara ahli-ahli Pembina dan KRIM.

Menurut pengarah program, Muaz Mohamad, objektif lain yang ingin dicapai termasuklah untuk memperkenalkan dengan lebih jelas berkenaan Pembina dan KRIM, disamping meraikan para peserta yang baru selesai menduduki peperiksaan peluang berehat dan bersantai.

Seramai 10 orang peserta Pembina dan tujuh orang peserta KRIM menyertai program ini yang turut diisi dengan slot pengisian bertajuk Hakikat Kehidupan oleh Mohd Sahrularifin Ab Manan.

Para peserta nyata gembira dan seronok menyertai program ini serta berkeinginan untuk menyertai lagi pada masa akan datang.

bbq2

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?