Zakir Naik sangkal dakwaan diberi kerakyatan Malaysia

487821-zakir-naik222222222

BANGI, 28 Safar 1438H, Isnin – Pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik ‘hanya mampu ketawa’ berikutan dakwaan media India yang mengatakan beliau diberikan kerakyatan oleh kerajaan Malaysia.

“Tidak benar sama sekali,” kata Zakir melalui jurucakapnya, Arif Malik kepada portal India, Janta Ka Reporter.

Dr Zakir menegaskan dakwaan tersebut hanyalah salah satu khabar angin.

“Sehingga beberapa bulan lalu, media di India mengatakan saya diharamkan di Malaysia, dan sekarang mereka kata saya dapat kerakyatan Malaysia. Itu mengarut,” kata Dr Zakir.

Sebelum ini, laporan Hindustan Times mendakwa, Dr Zakir yang disiasat oleh Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) kini bersembunyi di Malaysia dan telah diberikan kewarganegaraan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyangkal dakwaan itu.

The post Zakir Naik sangkal dakwaan diberi kerakyatan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?