18 tahun anak belajar di Amerika tak pulang, luah ibu

KOTA KINABALU, 11 Rabiulawal 1438H, Ahad – Sudah 15 tahun tidak bertemu anak keduanya yang belajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS). Ayahnya meninggal pun Aizam Awang, 39, tidak pulang.

Kini, ibunya, Azizah Ahmad, 65, pesara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan berasal dari Negeri Sembilan, semakin merindui anaknya itu.

“Tak balik pun tak apa, asalkan dapat dihubungi, tapi kalau balik Alhamdulillah,” kata Azizah sambil meluahkan harapan agar Aizam, yang terputus hubungan sejak lapan tahun lalu, kembali ke pangkuan keluarga.

Memetik laporan Berita Harian semalam, Azizah berkata, kali terakhir bertemu anak kedua daripada enam beradik itu ialah pada 2001, ketika beliau bersama arwah suami, Awang Idris dan dua adik Aizam melawat California.

Ditemui di rumahnya di Nombor 5, Lot 248, Lorong Selunsung B, Taman Sempelang, Sembulan, di sini, beliau berkata, Aizam tidak pernah pulang sejak melanjutkan pelajaran di AS pada 1998 dan gagal dihubungi sejak 2008.

“Ketika itu Aizam sudah tamat belajar dan bekerja di sebuah farmasi selain menjual insurans. Saya sempat ajak dia balik tetapi dia menangis dan tidak mahu balik walaupun ayahnya belikan tiket ke Malaysia.

“Saya tak tahu kenapa dia tidak mahu balik. Seingat saya tiada apa masalah yang mengguris hati atau menyebabkannya merajuk, cuma dia pernah memberitahu mahu jalan-jalan dan bekerja dahulu di Amerika Syarikat selepas habis belajar.

“Tak sangka pula dia terus tak mahu balik hingga sekarang. Ayahnya meninggal dunia pada 2008 pun dia tak balik. Selepas itulah dia tidak lagi dapat dihubungi, telefon tak dijawab, surat tak dibalas dan kami tak tahu keadaannya sekarang,” katanya.

Azizah berkata, Aizam melanjutkan pelajaran di Universiti Pan Pasific, California dan mengambil kursus Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) menerusi tajaan MARA pada 1998 dan pinjamannya ditukar kepada biasiswa selepas mencatat keputusan baik dalam pengajiannya.

Azizah cuba menghubungi Aizam menerusi e-mel, tetapi alamat e-mel digunakan anaknya sebelum ini sudah ditamatkan.

“Kami buntu bagaimana untuk menjejakinya di Amerika Syarikat. Sebagai ibu, saya sentiasa teringatkan dia, rindu saya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau tak dapat balik kerana tiada duit untuk beli tiket, kita boleh bantu tetapi dia tak dapat dihubungi, jadi kita tak tahu keadaannya.

“Saya juga teringin ke sana mencarinya tetapi tak mampu. Lagipun saya tak tahu sama ada dia masih tinggal di tempatnya dulu di California atau sudah berpindah,” katanya.

Beliau merayu sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Aizam supaya menghubunginya di talian 088-230604 atau 016-8306941.

The post 18 tahun anak belajar di Amerika tak pulang, luah ibu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?