21 terbunuh termasuk kanak-kanak serangan udara di Idlib
IDLIB, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam serangan udara sebuah perkampungan di Idlib, Syria semalam, kata pemerhati.
Balai Cerap Syria yang berpangkalan di Britain bagi Hak Asasi Manusia berkata, angka kematian pada awalnya sebanyak 14 orang namun ia terus meningkat, termasuk puluhan lagi cedera ekoran serangan di kampung Kafr Nabal.
Dilaporkan, serangan berkenaan dipercayai dilakukan oleh pesawat pejuang Rusia berdasarkan jenis, lokasi, corak penerbangan dan peluru yang digunakan.
Memetik media antarabangsa sebagai berkata, enam serangan disasarkan Rusia di kawasan perumahan dan pasar awam.
Rusia mula campur tangan dalam konflik yang berlaku di Syria sebagai menyokong rejim Bashar al-Assad pada September 2015, kononnya menyerang kumpulan pengganas.- Agensi
The post 21 terbunuh termasuk kanak-kanak serangan udara di Idlib appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan