47 maut pesawat Pakistan terhempas

ISLAMABAD, 8 Rabiulawal 1438H, Khamis – Semua 47 penumpang dan anak kapal Pakistan International Airlines (PIA) terbunuh, selepas pesawat itu terhempas di lereng gunung berhampiran Abbottabad di utara Pakistan, malam tadi.

Jurucakap Wisma Putra pula mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam nahas yang berlaku lewat malam tadi.

Jurucakap PIA berkata, kapten pesawat membuat panggilan kecemasan memberitahu satu daripada dua enjin pesawat yang menuju Islamabad dari wilayah utara Chitral tidak dapat dikawal, sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan.

“Tiada yang selamat. Ini adalah satu tragedi. Semua penumpang dan anak kapal terbakar,” katanya.

Katanya, pesawat ATR-42 dengan dua enjin bernombor pendaftaran PK-661 membawa 42 penumpang dan lima anak kapal. – Agensi

The post 47 maut pesawat Pakistan terhempas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?