5,000 pelarian lemas di Laut Mediterranean tahun ini, lapor UNHCR

NEW YORK, 24 Rabiulawal 1438H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 5,000 pelarian dipercayai lemas di Laut Mediterranean tahun ini, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Jurucakapnya, William Spindler berkata, angka itu adalah jumlah kematian tahunan terburuk pernah berlaku.

Katanya, peningkatan kematian ini sangat membimbangkan dan amalan penyeludupan menghantar beribu-ribu pendatang menyukarkan penyelamat untuk menyelamatkan mereka semua.

Difahamkan 5,000 yang mati lemas itu adalah termasuk 100 kematian selepas dua bot getah karam pada Khamis lalu.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) memaklumkan, dua bot yang sarat dengan pelarian itu karam di Selat Sicily, di antara Itali dan Libya.

“Dua kejadian itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan tahun ini sebanyak 5,000 orang, tertinggi dalam krisis pelarian,” kata jurucakap IOM, Joel Millman dalam satu taklimat, semalam.

Dilaporkan hanya 3,777 pelarian yang lemas di laut berkenaan sepanjang tahun lepas.-Agensi

The post 5,000 pelarian lemas di Laut Mediterranean tahun ini, lapor UNHCR appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?