Allepo berdarah umat bertelagah

Mungkin umat kurang sensitif bila disebut perkataan Allepo bermandi darah kerana kurang pendedahan dan pencerahan apa yang berlaku di sana.
Mereka yang mengikuti perkembangan di sana bertelagah mencari punca yang tidak membuahkan hasilnya untuk menyelamatkan keadaan apatah untuk membela muslim yang dizalimi amat tidak berperikemanusiaan.

Ketua Negara Islam mengharapkan United Nation atau negara kuasa besar menyelesaikannya sedangkan apa yang berlaku adalah percaturan musuh Islam yang dikawal selia oleh Barat dan Yahudi.

Apa kesudahannya. Kenapa muslim di Allepo dibunuh sekejam itu. Basyar dan sekutunya menggunakan segala kelengkapan senjata canggih dan merbahaya hanya untuk melenyapkan musuhnya. Dunia hanya memerhati ibarat sebuah drama peperangan yang ditayang dengan peralatan media yang canggih.

Penyeksaan saikologi yang amat berkesan berlaku di Allepo sebagaimana pernah berlaku di Bosnia Herzegovina oleh tentera Serbia bila anak-anak gadis dan isteri dirogol diisaksikan oleh ibu bapa atau suami tanpa boleh berbuat apa apa kerana ibu bapa atau suami digari dan dipaksa melihat secara jelas perlakuan tersebut. Ibu bapa atau suami tidak dibenarkan menutup atau pejam mata.
Kesan saikologi amat tragis. Akibatnya ibu bapa atau suami akan gila selepas sahaja melihat kejadian tersebut.
Kaedah ini diajar oleh pakar saikologi Yahudi kepada tentera Serbia semasa krisis di negara Balkan dahulu dan juga tentera Myanmar di Burma.
Apa yang berlaku di Allepo adalah sebahagian dari bentuk penyiksaan selain dari pelbagai bentuk penyiksaan lagi. Kenapa Allepo dibiarkan berlalu tanpa pembelaan.
Adakah umat ini sudah dayus. Adakah umat ini sudah gagal untuk melahirkan pemimpin sehebat khalifah Muktasim.

Khalifah yang menghantar segerombolan tentera untuk membela seorang wanita muslimah yang telah diaibkan oleh beberapa orang pemuda Yahudi semasa berniaga mencari sesuap rezeki di sempadan. Sejarah yang perlu diajar untuk generasi baru.

Kenapa dengan Allepo. Siapa yang dizalimi. Mereka yang dizalimi ialah muslimin di Allepo.

Mereka yang dizalimi perlu dibantu dan dibela lebih-lebih lagi mereka seagama dengan kita. Mereka yang menzalimi perlu diperangi , dihalang dan dihukum.
Umat Islam tidak ada kekuatan untuk memerangi, menghalang dan menghukum mereka yang melakukan kezaliman tetapi janganlah dalam suasana sekarang umat Islam bertelagah mencari punca kenapa ianya boleh berlaku.
Mereka yang terlibat secara langsung sekarang menzalimi muslimin di Allepo ialah Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah.
Umat bertelagah dengan pelbagai pendapat dan andaian. Ada yang menyalahkan sebahagian ulama kerana mengambil jalan kekerasan menentang Basyar.
Ada yang menyalahkan sejarah dunia dulu dan kini seolah-olah mereka yang menzalimi adalah hasil dari perancangan yang lalu.

Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah adalah hasil dari perancangan yang lampau dari Barat dan Yahudi.

Hakikatnya ialah semua pendapat ini betul dan jelas. Semuanya berperanan menghancurkan Allepo dan muslimin didalamnya. Kita berbicara dalam suasana sekarang.

Allepo dan muslimin didalamnya mesti diselamatkan dan dibela. Kumpulan pembunuh di Allepo sekarang ialah Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah.
Kumpulan ini perlu diperangi dan dihalang terlebih dahulu. Muslimin di Allepo perlu diselamatkan. Bukannya masa yang tepat untuk mencari punca punca lama dan baru.
Bukannya masa untuk memuji Basyar kerana membenarkan HAMAS dan kepimpinannya pernah bertapak di Syria. Bukannya untuk membela Syiah kerana pada hematnya Syiah tidak seganas itu.
Bukannya menyalahkan ulamak yang ambik jalan kekerasan menentang Basyar.
Bukannya menyalahkan Rusia semata-mata kerana negara Barat lain terutama USA juga terlibat untuk menghuru harakan Syria dan Timur Tengah.

Apa yang penting dalam suasana sekarang ialah menyelamatkan Allepo dan muslimin didalamnya dari keganasan Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah.

Kumpulan ini sedang mengganas di bumi Allepo. Rasanya cukup umat Islam bertelagah semasa sendiri terutamanya muslimin di Malaysia memperkatakan tentang Allepo.
Muslimin di Allepo adalah saudara kita seagama. Mereka mengharapkan pembelaan dari kita semua. Bukannya bertelagah mencari punca asal kejadian tersebut. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh merangkap YDP Majlis Syura ISMA
*Artikel ini tidak mewakili pandangan rasmi Ismaweb.net sebaliknya ia adalah pendapat penulis semata-mata.

The post Allepo berdarah umat bertelagah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?