Amaran kepada peniaga yang menaikkan harga gula

Packets of Gula Prai sugar are arranged for a photograph in a store in Kuala Lumpur, Malaysia on Saturday, May 20, 2006. Malaysia, which is facing a sugar shortage in parts of the country, is stepping up efforts to curb the smuggling and hoarding of the commodity as the government pledges to keep prices of the controlled item low this year. Photographer: Goh Seng Chong/Bloomberg News. ++++ HOLD FOR BUREAU STORY BY STEPHANIE PHANG AND ANGUS WHITLEY ++++

Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Peniaga diberi amaran agar tidak menaikkan harga runcit gula sewenang-wenangnya atau berdepan dengan tindakan keras.

Mana-mana peniaga yang menjual gula melebihi harga yang ditetapkan, iaitu RM2.84 sekilogram bakal dikenakan tindakan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, bagi individu. Manakala bagi syarikat pula denda tidak melebihi RM500,000.

Gula merupakan barang harga terkawal (price-controlled goods) di bawah AKHAP 2011, dan sebarang tindakan menaikkan harga komoditi tersebut sewenang-wenangnya adalah salah di sisi undang-undang.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat aduan ke KPDNKK melalui talian 1800-886-800 jika mendapati ada peniaga yang menjual gula melebihi harga yang ditetapkan kerajaan.

MOHD ROSLAN MAHAYUDIN
PENGARAH BAHAGIAN PENGUATKUASA, KPDNKK

Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : AKHTAR SAHARI
Ketua Komunikasi Korporat KPDNKK
Tel : 03-88825563 / 012-6725667
Emel : akhtar@kpdnkk.gov.my -Bernama

The post Amaran kepada peniaga yang menaikkan harga gula appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?