Aura Tun Mahathir gentarkan UMNO

tmm_write

KUALA LUMPUR, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Aura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu kuat sehingga menggetarkan UMNO, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Aura Tun ni memang sedia ada dari dulu, apatah lagi dalam kalangan ahli UMNO itu sendiri.

“Beliau membuat pendirian terkini yang turut memberi impak hingga memecahkan ahli-ahli UMNO kepada dua bahagian,” katanya dipetik Sinar Harian.

Sementara itu mengulas isu sokongan terhadap parti kerajaan beliau berkata, golongan muda zaman sekarang bijak membuat penilaian.

“Realitinya tak boleh dinafikan hari ini anak muda mempunyai pengetahuan lebih meluas dengan mudah.

“Mereka membaca dan boleh fikir mana yang boleh beri kebaikan dari sudut pentadbiran parti itu sendiri dan dengan apa yang berlaku, mereka lebih kepada blok pembangkang yang ada pada hari ini,” katanya.

The post Aura Tun Mahathir gentarkan UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?