‘Bonda’ dalang sindiket permerdagangan bayi ditahan

banduan-larikan-diri

BANGI, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Seorang wanita ditahan bersama anak lelakinya berikutan dipercayai menjadi dalang utama kes pemerdagangan bayi.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai ‘Bonda’ ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di Tanjung Sepat, Sepang, selepas disyaki menjadi orang tengah terhadap mana-mana pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan bayi terutama anak luar nikah.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam serbuan Operasi Baby (Op Baby) oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM D7C) itu, polis turut menahan seorang doktor lelaki berusia 54 tahun di sebuah klinik di Taman Puchong Indah, Puchong, petang semalam.

“Lima lokasi lain yang diserbu adalah dua klinik di Klang, serta tiga unit kediaman di Sepang dan Klang di Selangor serta Labu, Negeri Sembilan,” katanya dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lain, termasuk bayi yang dijual susulan penangkapan tiga individu terbabit.

Baru-baru ini media antarabangsa Al Jazeera, dalam satu laporan video berdurasi 25 minit, memaparkan satu aktiviti penjualan bayi yang berlaku di negara ini didalangi seorang wanita dikenali sebagai `Bonda’.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menafikan aktiviti penjualan dan pemerdagangan bayi yang berlaku di sini, bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Al Jazeera, namun berada dalam keadaan terkawal.

The post ‘Bonda’ dalang sindiket permerdagangan bayi ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?