DAP hanya perguna Bersatu, kata PAS
KOTA BHARU, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – DAP hanya ingin mempergunakan pengaruh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meraih sokongan rakyat terutama orang Melayu, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.
“Apa yang kita lihat hari ini begitulah keadaannya, DAP hanya mempergunakan Tun Mahathir dan PPBM untuk meraih sokongan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hubungan baik bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir dan Bersatu dengan DAP.
Serentak itu, Ahmad Yakob menasihatkan Bersatu supaya meninggalkan parti rasis dan cauvinis itu, dan menjalinkan kerjasama dengan PAS.
Katanya, kerjasama antara PAS dan Bersatu adalah lebih baik berbanding jika mereka terus bersama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.
“Yang untungnya adalah mereka (PPBM) meninggalkan DAP dan PAN tetapi bersama dengan kita, itu lebih baik,” katanya.
The post DAP hanya perguna Bersatu, kata PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan