Gara-gara Najib Tun M tak dapat rehat, main dengan cucu

BANGI, 20 Rabiulawal 1438H, Selasa – Bagi seseorang yang berusia lebih 90 tahun, masanya boleh dihabiskan dengan berehat atau bermain dengan cucu dan mempersiapkan diri menempuh alam lain.

Namun, tidak buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus berjuang demi negara, gara-gara tindak tanduk Datuk Seri Najib Razak, yang menurutnya, sedang melakukan kerosakan kepada Malaysia.

“Dengan keadaan yang berlaku sekarang ini, adalah sukar untuk warganegara berumur sembilan puluh tahun hanya untuk duduk diam dan bermain dengan cucu. Ya, saya sedang bersiap untuk akhirat, tetapi Alhamdulillah, saya masih ada masa untuk melakukan perkara-perkara lain.

“Dan perkara-perkara lain yang saya boleh lakukan adalah untuk memberikan sedikit idea mengenai usaha mencegah kerosakan yang sedang dilakukan ke atas negara ini oleh Najib.

“Ya, saya tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang berusia 90 tahun. Ianya bukan pilihan saya. Saya menyahut rayuan pelbagai pihak rakyat Malaysia untuk melakukan sesuatu,” katanya menulis dalam blog beliau, hari ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, awal-awal lagi apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, ramai pihak khususnya bukan sahaja orang Melayu, juga bukan Melayu, tidak gembira dengan kepimpinan dan hala tujunya.

Dalam tulisannya, Tun Dr Mahathir menjelaskan beberapa perkara yang tidak digemari orang ramai dilakukan Najib, termasuk ke atas Dasar Ekonomi Baru, polisi ekonomi dan luar negara, menyebabkan banyak pihak mendesak supaya dilakukan sesuatu

“Saya telah lakukan. Saya menyampaikan kritikan mereka kepada Najib. Beliau tidak menjawab sama sekali.

“Kemudian timbul skandal 1MDB. Mereka menunjukkan salah laku yang dilakukan Najib, contohnya meminjam RM42 bilion pada kadar faedah yang tinggi dan 10 peratus komisen, gagal melakukan sesuatu yang sewajarnya selepas melabur berbilion ringgit, menyimpan wang di tempat meragukan dan terlalu rapat dengan pihak yang tiada kaitan – Jho Low,” katanya.

Oleh itu, katanya, beliau berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan apa yang dilakukan Najib, selepas negara kehilangan banyak wang.

“Kini, bukan lagi orang meminta saya melakukan sesuatu. Kini saya rasa keperluan untuk menghentikan Najib daripada meneruskan kerosakan kepada negara.

“Untuk memendekkan cerita, saya mendapati bahawa kedaulatan undang-undang telah dibatalkan oleh Najib. IGP dan AG melindunginya daripada proses.

“Walaupun Parlimen telah diberikan taring, mereka tidak berupaya untuk menyampaikan pandangan rakyat yang telah memilih ahli-ahlinya dan sama sekali tidak berdaya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap pentadbiran Najib,” katanya.

Oleh itu, kata Tun Dr Mahathir, beliau akan terus memberi sumbangan berkempen bagi menukar kerajaan Malaysia sekarang.

The post Gara-gara Najib Tun M tak dapat rehat, main dengan cucu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?