Gempa Acheh: Angka kematian meningkat 97 orang

SUMATERA, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 97 orang terkorban setakat ini dalam tragedi gempa bumi kuat yang melanda wilayah Aceh di Sumatera, Indonesia awal hari ini.

Ketua Tentera wilayah itu, Mejar Jeneral Tatang Sulaiman mengesahkan jumlah terkini mangsa yang maut dalam bencana berkenaan dan dikhuatiri ramai lagi mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan.

Sementara itu, Agensi mitigasi bencana negara mengesahkan, kira-kira 78 lagi mangsa terlibat kejadian mengalami kecederaan serius.

Ketua daerah Pidie Jaya, Ayyub Abbas berkata, tragedi itu menyebabkan ratusan penduduk di kawasan tersebut terkorban dan cedera, termasuk memusnahkan puluhan bangunan.

Gempa berukuran 6.4 magnitud yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu dilaporkan berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan. – Agensi

The post Gempa Acheh: Angka kematian meningkat 97 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?