Gempa Acheh: Pelajar Malaysia selamat
KUALA LUMPUR, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Semua pelajar Malaysia di Acheh disahkan selamat daripada gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang mengorbankan lebih 40 nyawa awal pagi tadi.
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Acheh, Azlan Zakaria berkata, selepas kejadian, sebanyak 421 orang pelajar Malaysia dikhabarkan dalam keadaan selamat.
“Persatuan telah menasihati pelajar-pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.
Azlan berkata, tragedi gempa bumi berpusat di Pidie Jaya, Acheh itu turut dirasai di Banda Acheh dengan gegaran sederhana.
Namun setakat ini, tiada pelajar Malaysia atau rakyat Malaysia yang terlibat dengan gempa bumi tersebut.
The post Gempa Acheh: Pelajar Malaysia selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan