Guna saluran diplomatik selesaikan isu Rohingya: Hadi Awang

hadi

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan menggunakan saluran diplomatik bagi menyelesaikan isu kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.

Menurut beliau, krisis yang berlaku di negara itu bukan sahaja menuntut campur tangan Malaysia, malah oleh seluruh negara yang menandatangani piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Termasuk juga negara-negara ASEAN dan seluruh negara anggota OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) serta semua pejuang hak asasi manusia kerana kerajaan Myanmar telah melakukan pencabulan terhadap hak asasi manusia,” katanya ketika berucap pada perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS ikut serta pada perhimpunan hari ini yang diadakan atas nama Islam dan kemanusiaan.

“Sempadan politik tidak menghalang kita bersatu mempertahankan hak asasi manusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditemui Bernama senada dengan Presidennya, iaitu saluran diplomatik perlu digunakan bagi menghentikan kekejaman yang berlaku terhadap etnik Rohingya.

“Menggunakan saluran diplomatik adalah cara yang terbaik, kita perlu mengenakan tekanan melalui suara untuk memberitahu kerajaan Myanmar bahawa apa yang mereka buat itu adalah di luar kotak pemikiran manusia yang normal, yang berfikir secara betul,” katanya.- Bernama

The post Guna saluran diplomatik selesaikan isu Rohingya: Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?