Guru berdepan tindakan mahkamah diberi perlindungan, kata Menteri Pendidikan

PUTRAJAYA 06 August 2015. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. NSTP/Mohd Fadli Hamzah

BANGI, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan akan memberi perlindungan dan perhatian kepada guru yang berdepan tindakan mahkamah susulan aduan ibu bapa pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak tertinggi termasuk Pengarah Pendidikan dan pengetua supaya memaklumkan semua insiden di sekolah kepada pihak kementerian bagi memudahkan tindakan diambil.

“Sebelum ini memang termaktub mana-mana guru yang masih bertugas akan mendapat pembelaan jika ada ibu bapa mengambil tindakan hingga ke mahkamah.

“Kita memberi perhatian kepada perkara ini dan guru terbabit akan dilindungi selain diberi sokongan supaya mereka tidak berasa keseorangan,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian berikutan banyak pihak terutama ibu bapa dilaporkan tidak berpuas hati dengan hukuman kementerian terhadap guru lalu membawa perkara itu ke mahkamah.

The post Guru berdepan tindakan mahkamah diberi perlindungan, kata Menteri Pendidikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?