Harga hartanah diramal susut tahun depan

property-money-slider-670x300

KUALA LUMPUR, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Harga hartanah diramalkan akan menyusut antara RM35 sekaki persegi hingga RM40 sekaki persegi pada 2017, kata Indeks Harga Hartanah PropertyGuru.

Pengerusi Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, keadaan itu amat ketara bagi kediaman bertingkat, khususnya segmen tertentu yang berdepan lebihan tawaran pasaran.

Manakala harga kediaman dalam lingkungan RM500,000 sehingga RM700,000 pula berkemungkinan besar berdepan kadar penolakan permohonan pinjaman yang lebih tinggi, justeru menyebabkan aktiviti jualannya agak perlahan.

“Berdasarkan data terkumpul diperoleh daripada statistik rasmi dan Indeks Harga Hartanah PropertyGuru, pasaran hartanah dijangka akan terus lembap pada 2017.

“Dengan siapnya pembangunan kediaman baharu yang membanjiri pasaran pada 2017, dijangkakan berlaku kejatuhan harga jualan disebabkan kekurangan permintaan.

“Pemilik kediaman juga dilihat lebih cenderung menjual unit mereka secepat mungkin ekoran kurangnya kuasa pemegangan,” katanya.

Beliau mendedahkan hasil kaji selidik Indeks Harga Hartanah PropertyGuru itu pada Forum Tinjauan Pasaran Hartanah PropertyGuru 2017, di sini, hari ini.

The post Harga hartanah diramal susut tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?