Israel tahan 527 rakyat Palestin sepanjang November

israeli prison

TEBING BARAT, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – Satu laporan baru-baru ini mendedahkan tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin apabila 527 orang ditahan sepanjang November lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pusat tahanan Palestin, kira-kira 120 daripada jumlah tahanan tersebut adalah kanak-kanak.

Laporan berkata, jumlah itu adalah kadar tertinggi yang berlaku di Baitulmuqaddis di Timur al-Quds.

Ia juga menunjukkan bahawa kira-kira 7,000 rakyat Palestin yang masih ditahan, 700 daripada mereka berada di bawah tahanan pentadbiran.

Wilayah yang diduduki menjadi tempat kejadian meningkat ketegangan sejak rejim Israel mengenakan sekatan ke atas kemasukan penduduk Palestin ke Masjid al-Aqsa pada Ogos 2015.

Lebih 260 rakyat Palestin terbunuh oleh tentera Israel sejak awal Oktober tahun lalu.- Agensi

The post Israel tahan 527 rakyat Palestin sepanjang November appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?