Isu Rohingya: PAS tak kisah dituduh makan dedak sepentas dengan UMNO

ym_20150607_03_idris_ahmad

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – PAS tidak kisah digelar UG bergabung dengan UMNO, makan dedak dan macam-macam gelaran, kata Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau berkata, parti itu boleh bekerjasama meskipun dengan musuh politiknya terhadap perkara yang melibatkan isu sejagat seperti mana perhimpunan solidariti Rohingya, hari ini.

“PAS pernah duduk semeja isu Palestin, dan hari ini anjuran NGO, pimpinan PAS akan sepentas dengan Perdana Menteri isu Rohingya.

“PAS bukan parti budak- budak yang boleh dicucuk hidung. Sejarah akan membuktikan siapa yang akan kembali ke pangkuan UMNO.

“Kalau pemimpin PAS buat tidak boleh walau pun isu sejagat. Kalau orang lain boleh, bukan setakat sepentas malahan berpeluk dan berlaga pipi pun tidak mengapa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, ‘serangan’ itu bukan perkara baharu yang diterima PAS, malah ia sejak bertahun dahulu parti itu berdepan dengan pelbagai tuduhan daripada musuhnya.

“Waktu zaman Tun Mahathir perkenal Program Islamisasi semua pakat teruja dengan Dr Mahathir, termasuk badan dakwah di Malaysia. DS Anuar Ibrahim turut menyertai Umno kerana kagum dengan Dr Mahathir.

“Macam- macam seminar seperti Siasah Syariyyah, Maqasid Syariah untuk menghalalkan penyertaan dalam Umno. PAS keseorangan melawan Umno BN. PAS tidak percaya dengan program Islamisasi Dr Mahathir.

“Ada gerakan Islam antarabangsa pujuk PAS sertai UMNO, kerana UMNO sudah hendak kepada Islam. PAS tetap tolak. PAS kenal apa itu UMNO, dulu, kini dan selamanya. Dasar Umno masih tidak berubah, siapa pun yang memimpin UMNO maka itulah pembawaanya,” katanya.

The post Isu Rohingya: PAS tak kisah dituduh makan dedak sepentas dengan UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?