Isu Rohingya: SUHAKAM kesal Suu Kyi lupa prinsip perjuangan

rohi1

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulawal 1538H, Selasa – Etnik Rohingya yang menjadi kumpulan minoriti di Myanmar dikategorikan sebagai orang paling dianiaya di dunia.

Ditolak oleh negara yang mereka katakan sebagai rumah, dan tidak diterima oleh jiran – etnik Rohingya berada dalam kemiskinan, hampir tiada kerakyatan dan ramai-ramai melarikan diri dari Myanmar sejak berdekat lalu.

Dalam tempoh seminggu baru-baru ini, lebih 10,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, di tengah-tengah tindakan keras tentera ke atas pemberontak di negeri Rakhine di barat Myanmar.

Mereka menceritakan kisah mengenai perkosaan, pembunuhan dan rumah dibakar, namun kerajaan Myanmar yang sebelum ini dikenali sebagai Burma, mendakwa ia adalah penipuan dan diputarbelitkan.

Aktivis mengutuk kekurangan tindak balas antarabangsa. Sesetengahnya menyifatkan keadaan masyarakat Rohingya sebagai ‘Srebrenica Asia Tenggara’, merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai lebih 8,000 umat Islam Bosnia pada Julai 1995 – sejarah hitam di Eropah.

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) mengecam sikap berdiam diri Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi, berhubung isu penindasan ke atas etnik itu.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail berkata, Suu Kyi yang juga pemenang Anugerah Nobel Keamanan seolah-olah lupa dan meninggalkan prinsip yang pernah diperjuangkannya dahulu.

“Saya kecewa kerana beliau adalah ikon demokrasi yang mendapat sokongan serta penghormatan daripada ratusan ribu orang. Bagaimanapun, dalam isu Rohingya, beliau seakan lupa pada prinsip yang dipegang ketika kita membantunya dulu.

“Dalam pertemuan kami dulu, Suu Kyi melahirkan kebimbangan terhadap warga asing yang tinggal di Myanmar dan mahu hak sama diberi kepada mereka tetapi kini pendiriannya berbeza.

“Mungkin dia ditekan pihak lain terutama junta tentera, namun melihat pada sejarah, komuniti Myanmar tidak pernah sukakan warga India dan Bangladesh yang datang ke negara itu,” katanya ketika ditemui pada program Syarahan Umum ‘Kebebasan Berhimpun dan Situasi Pejuang Hak Asasi Manusia: Perkembangan dan Cabaran Hak Asasi Manusia Antarabangsa’ di Institut Integriti Malaysia di sini, semalam.

Razali adalah antara individu yang lantang mendesak pembebasan Suu Kyi ketika menjadi mangsa kekejaman junta tentera Myanmar, selain pernah bertemu dengan pemimpin Myanmar itu beberapa kali.

The post Isu Rohingya: SUHAKAM kesal Suu Kyi lupa prinsip perjuangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?