Izzah perlu nasihat juga DAP, PAN
BANGI, 12 Rabiulawal 1438H, Isnin – PAS ingatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk turut menasihatkan rakan sekutunya dalam pakatan harapan supaya tidak cuba menjatuhkan parti itu di Kelantan.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang menasihati parti tersebut supaya berfikir kembali untuk bertanding semua kerusi di Permatang Pauh.
“Kalau nak nasihat PAS, nasihat sekali ‘kawan dia’ DAP, PAN.. .beritahu jangan cuba jatuhkan PAS di Kelantan.
“Kami (PAS), tetap fokus lawan BN, jadi jangan hentam PAS sangat… PAS tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang PAS, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.
Izzah sebelum ini berkata, PAS perlu fokus menentang Barisan Nasional (BN) berikutan sekiranya mereka mahu meneruskan hasrat itu (bertanding di Permatang Pauh), ia dibimbangi akan mengelirukan pengundi.
The post Izzah perlu nasihat juga DAP, PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan