Jangan ambil remeh budaya politik pembangkang pimpinan DAP

KUALA LUMPUR 02 DISEMBER 2016. Wakil Perak, Datuk Mohd Dzulkifli Harun ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Unmo ke 70 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Sumber foto: NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Perwakilan Perak UMNO, Datuk Mohd Zulkifli Harun mengingatkan semua supaya tidak memandang remeh budaya politik melampau pembangkang yang dipimpin parti rasis dan cauvinis, DAP.

Beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput itu berkata, DAP adalah parti yang penyebar kebencian kepada rakyat sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat kepada kerajaan.

Katanya, pengalaman UMNO di Perak dalam berdepan dominasi DAP dalam pakatan pembangkang menyerlahkan rupa wajah DAP sebenar politik keterlaluan parti itu menyebar kebencian kepada rakyat.

“Jangan kita memandang enteng serta meremehkan gerakan politik keterlaluan puak pembangkang dipimpin DAP.

“Saban masa mereka menaburkan kekeliruan dan menyemai kebencian bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden sebentar tadi.

Justeru, Mohd Zulkifli mengingatkan supaya UMNO perlu bermuhasabah dengan budaya politik DAP dan tidak terikut-ikut dengan rentak tari mereka sehingga lalai membela ahli parti dan rakyat.

The post Jangan ambil remeh budaya politik pembangkang pimpinan DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?