Jenazah rakyat Malaysia lemas di Australia tiba di tanah air

SEPANG, 29 Rabiulawal 1438H, Khamis – Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na’imullah Zubir, 26, yang ditemui lemas di Sungai Ovens, Myrtleford, Melbourne, Australia, 13 Disember lalu, tiba di tanah air hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa keluar menaiki van jenazah dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2.00 petang tadi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan terus dibawa ke Johor Bahru untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, Johor Bahru.

Muhammad Farhan Na’imullah, anak kedua daripada tujuh beradik, bekerja sementara sebagai pengutip buah di Farm Buffalo Orchard, Melbourne sejak Januari lalu dan ditemui lemas ketika mandi di Sungai Ovens berhampiran rumah sewanya.

Allahyarham penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah dan Maahad Johor itu sepatutnya pulang semula ke tanah air bulan depan untuk melangsungkan perkahwinan selepas bertunang dengan rakan sekolejnya pada September lalu.

The post Jenazah rakyat Malaysia lemas di Australia tiba di tanah air appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?