Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat tengah hari ini

file6iebpqwgbrlv1jsb9c6

KOTA BHARU, 3 Rabiul Awal 1438H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 42 orang tengah hari ini berbanding 26 orang pada pagi tadi, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.

Menurut portal http://ift.tt/1lUz7IE, setakat 11 pagi tadi, seramai 16 orang daripada lima keluarga dari Gunong dan Jelawat, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat dan Dewan SMK Beris Panchor, Bachok.

Selain itu, 26 mangsa melibatkan lima keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh, sejak semalam.

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 12 tengah hari ini, paras air di Sungai Golok semakin meningkat kepada 8.88 meter berbanding 8.75 meter pada pukul 8 pagi tadi (paras amaran 8 meter).

Bagaimanapun, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah, pula menurun kepada 13.58 meter tengah hari ini berbanding 13.82 meter pada pukul 8 pagi tadi (paras berjaga-jaga 12 meter).            

Di Pasir Mas, tinjauan Bernama di pekan Rantau Panjang mendapati peniaga mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan barangan jualan mereka ke tempat yang lebih tinggi sebagai persiapan menghadapi banjir.  

Lim Cheng Seng, 57, berkata, dia mula memindahkan pelbagai barangan runcitnya ke rak yang lebih tinggi sejak mula membuka kedainya pada pukul 9 pagi selepas paras air Sungai Golok menunjukkan peningkatan.

“Saya berbuat demikian kerana kedai hanya terletak kira-kira 20 meter dari Sungai Golok. Saya risau jika banjir tiba-tiba berlaku sekaligus menyebabkan kerugian kerana tak sempat selamatkan barang runcit,” katanya. – Bernama

 

The post Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat tengah hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?