Kastam sasar kutip RM38 bilion GST tahun ini

gstt

MELAKA, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mencecah RM38 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

“Sehingga November, kira-kira RM37 bilion telah berjaya dikutip dan sasaran kutipan RM38 bilion pada tahun ini dijangka akan dicapai memandangkan perlaksanaan sistem GST kini dilihat semakin stabil dan ia dijangka stabil sepenuhnya dalam jangka masa lebih kurang tiga ke empat tahun akan datang.

“Dari segi pematuhan perlaksanaan GST di negara ini, kita telah mencapai tahap 97 peratus penyampaian borang kutipan GST oleh peniaga dan ia jelas menunjukkan wujud kesedaran dalam kalangan mereka,” katanya kepada pemberita pada Seminar Kolaborasi Agensi Penguatkuasaan di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Kastam mengunjurkan peningkatan antara 10 hingga 13 peratus jumlah kutipan GST pada 2017.

Beliau berkata, JKDM akan memberi fokus terhadap isu pematuhan penyampaian penyata GST dalam aspek kualiti sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem percukaian itu pada tahun hadapan dan bagi memastikan sasaran kutipan GST berkenaan dapat dicapai. – Bernama

The post Kastam sasar kutip RM38 bilion GST tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?