KATA PEDANG: Kini si kafir bantah pula pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Perlis

SEMALAM, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang sekali gus membenarkan hanya seorang sahaja – sama ada ibu atau bapa – mengislamkan anak mereka.

Pindaan itu dibuat terhadap versi bahasa Melayu enakmen berkenaan yang sebelum ini menyatakan bahawa kanak-kanak di bawah usia 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran ‘ibu bapa’ atau penjaga.

Sebelum pindaan, Seksyen 117 iaitu berkaitan keupayaan untuk memeluk agama Islam Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Bahagian IX – Memeluk Agama Islam) Perlis menyatakan:

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan –

(a) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau

(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.

Tarikh persetujuan diraja bagi enakmen itu diperoleh pada 14 April 2006; disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 25 Mei 2006 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010.

Semalam, pindaan dibuat bagi menyamakannya dengan versi bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan ‘parent’, dalam bentuk mufrad, dengan memasukkan perkataan ‘atau‘ dalam Seksyen 117(b) enakmen berkenaan yang menjadikannya ‘ibu atau bapa’.

Secara tidak langsung ia dibaca sebagai “(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.”

Ketika membentangkan pindaan itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Azlan Man menjadikan contoh kes Subashini lawan Saravanan pada 2007 yang memutuskan bahawa Perkara 12(4) dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan kanak-kanak ditukar agama dengan kebenaran seorang ibu atau bapa.

Dua belas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO dan seorang Adun PAS menyokong pindaan berkenaan. Adun Titi Tinggi (MCA), Khaw Hock Kong, membantah dan bertindak keluar dewan, manakala Adun Indera Kayangan (PKR), Chan Ming Kai, mengundi menentang.

Pedang ucap tahniah kepada Kerajaan Perlis kerana membuat pindaan itu. Islam mesti didahulukan. Pedang pun lahir di Perlis dan kerap pulang menziarahi ibu dan keluarga Pedang di Kampung Panggas, Chuping.

18 Mac tahun lalu, DUN Kelantan meluluskan sebulat suara rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015). Dua belas Adun Barisan Nasional (BN), bersama 31 Adun PAS dan seorang Adun PKR, menyokong rang undang-undang itu.

Pada 24 November tahun lalu pula, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat. Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.

Sama seperti apa yang diluluskan oleh DUN Kelantan dan yang dibawa oleh Presiden PAS di Parlimen, pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Perlis, semalam, mendapat tentangan daripada puak kafir.

Parti komponen BN yang anti-Islam MIC, MCA dan Gerakan – yang mana calon pilihan raya mereka menagih simpati undi daripada umat Melayu dan Islam – kini sudah bangkit menentang apa sahaja undang-undang untuk memperkukuhkan Islam dan umat.

MIC menyelar pindaan enakmen itu dan Presidennya, S Subramaniam menyifatkannya sebagai langkah ke belakang. Dia menjadikan isu agama sebagai alasan yang akan menyebabkan perpecahan lebih besar di kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong dan Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong, turut menyatakan bantahan terhadap pindaan enakmen itu.

Sejak bila pula Islam menyebabkan perpecahan? Islam agama Persekutuan. Islam mesti didahulukan daripada agama-agama lain di Malaysia. Kedudukan institusi masjid wajib lebih tinggi daripada kuil, tokong atau gereja.

Agama lain tidak setaraf dengan Islam. Islam lebih tinggi. Jangan sama ratakan Islam dengan agama lain sebagaimana ditutut oleh puak sekular.

Pedang mengingatkan pemimpin-pemimpin kafir di Malaysia supaya jangan beranggapan terlalu mudah menghalang kebangkitan dan kemajuan Islam. Pemuda-pemuda Islam akan tetap berdiri gagah mempertahankan agama Allah ini.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saf ayat 8)

Demikian Allah memberi peringatan kepada kita mengenai sikap orang kafir terhadap umat Islam dan peraturan yang ditetapkan-Nya.

Kata Pedang: Insya-Allah Pedang akan berkempen supaya umat Islam tidak lagi memberi undi kepada calon-calon MIC, MCA, Gerakan dan penentang Islam, pada Pilihan Raya Umum akan datang. Buat apa undi mereka, jika mereka menghalang perkembangan agama Islam.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

KATA PEDANG: Resam DAP, MCA menentang pelaksanaan hukum Allah

 

The post KATA PEDANG: Kini si kafir bantah pula pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Perlis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?