KATA PEDANG: Serangan Najib, UMNO terhadap DAP nampak ‘tak bersungguh’
ANCAMAN dan bahaya parti rasis dan cauvinis DAP disentuh secara ringkas oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasarnya baru-baru ini.
Najib menyebut, jika Malaysia jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh UMNO selama ini, termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, TERAJU dan UiTM akan pupus dan lenyap.
Najib juga berkata, jika DAP memerintah, syiar Islam dan pengamalannya akan tentu diremeh-temehkan dan menyebabkan umat Islam risau dan sakit hati.
Selain itu, Najib juga mendedahkan satu fakta yang semua orang sedia maklum iaitu dalam Perlembagaan DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi Raja-Raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat pun, mengenai usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Tambahan lagi kata Najib, institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, JAKIM, JAWHAR, Lembaga Zakat Negeri-Negeri akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya.
Itu semua kata Najib mengenai bahaya jika DAP dibiarkan memerintah negara.
Pedang bersetuju dengan semua perkara di atas.
Bahkan, sebenarnya, banyak lagi kesalahan yang terang-terangan telah dilakukan oleh DAP dan pemimpin rasis dan cauvinis parti itu juga telah banyak kali terlajak kata mencabar kedaulatan Melayu Islam.
Bagi Pedang, DAP tidak akan berani sampai ke tahap sekarang melainkan antaranya kerana kelemahan pemimpin UMNO.
Pemimpin UMNO yang mencanangkan perjuangan Melayu Islam sampai bergegar dewan persidangan tetapi diam membisu apabila Islam dihina oleh DAP dan rakan mereka MCA.
Bilakah pemimpin DAP dan MCA berani menghina Islam kalau bukan di zaman Najib menjadi Perdana Menteri?
Pedang marah apabila Najib buat tak tahu dan tidak memberi kenyataan balas apabila media-media liberal menyiarkan artikel berbaur ‘Islamophobia‘ dan ‘Melayuphobia‘ dalam banyak isu.
Persepsi negatif ini dibiarkan dan NGO Islam seperti Isma dan tokoh pendakwah seperti Dr Ridhuan Tee yang berhempas pulas menjawab bagi pihak Islam dan Melayu.
Sedangkan tiada apa balasan duniawi yang diterima oleh Isma dan Ridhuan Tee melainkan mahu melihat maruah Islam dibela dan dihormati oleh puak ultra kiasu.
Kata Pedang: Ini masalahnya bila berjuang secara bermusim khususnya menjelang pilihan raya. Tak konsisten. Bukan pejuang Islam kalau cakap soal perjuangan setahun sekali atau lima tahun sekali. Semuanya kerana kerusi. Kerana dunia.
Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.
The post KATA PEDANG: Serangan Najib, UMNO terhadap DAP nampak ‘tak bersungguh’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan