‘Kehadiran pemimpin bersalut skandal lebih memalukan majlis’

BANGI, 8 Rabiulawal 1438H, Khamis – Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz bagaikan tidak percaya apabila jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, 13 Disember ini, dibatalkan.

Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau seolah-olah tidak percaya apabila membaca berita itu, tetapi malangnya pembatalan jemputan kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, adalah benar kerana tidak ada kerusi disediakan untuk mereka.

“Bukankah mereka telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh DYMM YDP Agong? Dan atas alasan itu sahaja berhak dijemput. Tiada sesiapa yang boleh menyoal dan menidakkan pendirian politik mereka.. atau sesiapa jua!

“Mengapa jadi begini? Adakah kehadiran mereka dianggapkan oleh pihak-pihak tertentu akan mencemarkan majlis? Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dan sebagainya adalah sebenarnya membawa kesipuan/embarassment kepada apa jua majlis. Tidakkah begitu?

“Tidakkah ini menunjukkan kecetekan kematangan dan kehilangan kesopanan dan tiada tamadun? Dan tidak tahu menghargai jasa seorang yang telah, semasa beliau menerajui kerajaan.. telah mengharumkan nama Malaysia dan rakyatnya,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Rafidah mempersoalkan mengapa wujud unsur-unsur dendam peribadi dalam urusan rasmi seperti itu, sedangkan pada masa lalu, ketua pembangkang juga diberi tempat dalam acara rasmi kerajaan.

“Janganlah jatuh ke kancah dendam dan benci membenci. janganlah segala-galanya dipolitikkan. Pemimpin harus lebih matang …dan berdiri mengatasi perkara-perkara yang menunjukkan fikiran cetek.

“Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah… dan manusia sebenarnya tiada upaya untuk menentang kuasa Allah.

“Meluat dan jelak saya melihat apa yang sedang berlaku. Cukup memalukan dilihat oleh dunia. Sebuah negara yang dihormati dunia telah tersungkur oleh salah tadbir urus dan diejek serta dipandang rendah oleh dunia,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Acara negara sudah dipolitikkan, kata Tun Dr Mahathir

Tak sedia kerusi Tun M: Netizen luah rasa hairan

(VIDEO) Isu tak sedia kerusi kepada Tun M pada istiadat lafaz sumpah Agong

The post ‘Kehadiran pemimpin bersalut skandal lebih memalukan majlis’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?