Kekejaman terhadap Rohingya hasil kelemahan umat Islam

NIK_ABDUH_PAS

BANGI, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – Nasib malang yang menimpa etnik minoriti Rohingya adalah hasil daripada kelemahan umat Islam yang membawa kepada penganiayaan terhadap mereka, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Justeru, beliau menggesa umat Islam di negara ini supaya bersatu untuk menjadi kuat sebagai langkah membantu menghentikan kekejaman terhadap minoriti itu.

“Apabila kita melihat saudara-saudara yang lemah dan dianiaya, kita perlu bersatu untuk menjadi kuat. Kerana hanya orang-orang yang kuat dapat membantu mereka yang lemah.

“Allah melihat kekuatan dalam diri kita dan kekuatan hanya datang apabila kita bersatu. Ia tidak akan berlaku jika kita berpecah. Kita mesti bersatu,” katanya ketika bercakap dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, hari ini.

Beliau sekaligus menggesa supaya Malaysia berada di barisan hadapan dalam menyuarakan dan memperjuangkan desakan untuk menamatkan penderitaan dan penindasan etnik itu.

“Myanmar adalah jiran kita, kita perlu sedar tanggungjawab kita terhadap mereka. Saudara Islam kita di Myanmar hidup dalam kesakitan.

“Kita tidak boleh membiarkan jiran kita lapar atau terus ditindas dengan tindakan kejam,” katanya.

The post Kekejaman terhadap Rohingya hasil kelemahan umat Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?